Isnin, 7 September 2009

JANGAN MENANGIS IBU


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
“Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

warna kasih buat ibuku



Ibu, Disebalik gelaran itu, Tersimpan suatu rahsia Yang masih kurang dirungkai oleh anakmu Ibu, Izinkanlah aku bercerita tentang Suka duka bersamamu... Terlalu banyak kisah-kisah yang Telah kulalui bersamamu. Ibu, segala-galanya tidak akan luput dari Ingatanku sama sekali... Ibu, kau begitu istimewa Segala jasa dan pengorbananmu Akan kukenang Sepanjang hayatku... Ibu, Tidak ternilai kasih sayang mu mendidik dan menjagaku Agar aku menjadi insan yang bijak dan berguna... Ibu, Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku telah dipertemukan dengan insan sepertimu... Kaulah insan yang bergelar ibu.. Kau juga yang ku anggap sebagai sumber inspirasiku Ibu, Aku berjanji pada diriku Untuk menunaikan tanggungjawabku Untuk membalas budi dan jasamu Agar kau senang dan gembira Ibu, Ampunkan segala dosaku Jika ada kesalahan Yang aku lakukan Sehingga akhir hayatku Ibu, Aku berdoa pada Ilahi Agar ibu diberkati selalu Supaya kau ditempatkan di syurga Kerana aku sangat-sangat menyayangimu...

Air mata ibu


mata ibu mengalir, bila mendengar tangisan si kecil, masih merah salutan darah kelahiran. Biarpun penat bersabung nyawa, senyuman tetap terukir ceria memekar taman jiwa. Segala puncak sengsara hancur semerta, selamat zuriat melihat dunia... Air mata ibu menitis lagi, bimbang resah mengulit diri, sepanjang malam berjaga gelisah, kerana si kecil masih mentah meraung sakit ditimpa musibah... Hari itu, air mata ibu bergerimis lagi, bukan kepiluan tapi kebanggaan, melihat permata digilap kejayaan tak kering bibirnya dengan senyuman, tak lekang lidahnya pujian kesyukuran... Takdir tuhan siapa menyangka, harap panas bertahan sang hujan bertamu ditengah laman... Tika ini, air mata ibu bergenang kelukaan, hati tua robek sarat calaran, permata kebanggaan hilang kilauan kemanusiaan, didikan tinggi tiada pedoman, akibat gelap hati iman harta nafsu jadi panduan... Kemuliaan ibu, hilang ditimbus padam, insan mulia yang sarat pengorbanan ditinggal gersang... Rintihan si ibu, Kesepian... Kesedihan... Kekecewaan... Bukan balasan jasa pintaan jua, cukuplah secebis kasih permata sementara jasad bersisa nyawa biar tenang menutup mata..

Do'a


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah Sekiranya shabat2 ku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya shabat2 ku ini adalah shabat2 yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya shabar2 ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat terbuka dan tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan Sekiranya shabat2 ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya.. shabat2 ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi Ya Allah... Sekiranya shabat2 ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu Sekiranya shabat2 ku tergoda dengan keindahan dunia Mu.. Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.. Sekiranya shabat2 ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.. Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya shabat2 ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah... Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap membuat keputusan.. Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hamba Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.. Aku buta tanpa bimbinganMu.. Aku cacat tanpa hidayahMu.. Aku hina tanpa RahmatMu.. Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku yang disenangi shabat2 Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi hamba yg soleh Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi SHABAT yang dirahmati SHABAT yang dikasihi SHABAT yang soleha SHABAT yang sentiasa dihati Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Pesanan buat sahabatku


Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan, dan satu kesempatan, untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan, moga ianya sentiasa dalam reda tuhan, Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab ianya hanya sementara, jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat memusnahkan, Tertariklah kepada seseorang, yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman yang mampu, membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah, Semoga kamu menemukan orang seperti itu, Semoga kamu mendapatkan, kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, ujian yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia, yang punya rasa simpati, pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat dalam menempuh kehidupan,

Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,

pintu yang lain dibukakan, tetapi acapkali kita terpaku, pada pintu yang tertutup, sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan, Sahabat terbaik adalah dia, yang dapat bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya, dengan perasaan telah berbicara lama dengannya. kerana dia membuatmu bahagia, Sungguh benar bahawa, kita tidak tahu apa yang kita miliki, sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa, kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki, sampai kita mendapatkannya, Orang-orang yang paling berbahagia, tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik, dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya, Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu, beberapa orang yang salah, sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti, bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu, Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba, Kerana hanya mereka itulah yang menghargai, pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka Masa depan yang cerah, sentiasa ada, jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu, jangan pernah mengucapkan selamat tinggal, jika kamu masih mahu mencuba, dengan kesungguhan, jangan pernah menyerah, jika kamu masih merasa sanggup, Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum, jalanilah hidupmu dengan bahagia, sehingga pada waktu kamu mati, detik itu, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Tolong ingatkan aku


Andai saya terlupakan tuhan, Dalam kelapangan dan kesibukan, Dalam kesenangan dan kesusahan. Tolong ingatkan saya, Jangan jadi anak derhaka, Mak ayah dilupakan jangan, Usah diluka hati dan perasaan. Tolong ingatkan saya, Dengarlan dan bacalah Al-Quran, Tika radio penuh hiburan, Tika tv penuh Hindustan. Tolong ingatkan saya, Di mana silamnya zahirku, Jika aurat didedahkan disingkat, Diketat dan dijarangkan. Tolong ingatkan saya, Jadilah sahabat yang baik, Sentiasa memberi peringatan, Sentiasa menerima teguran. Tolong ingatkan saya, Kalau bercinta biarlah keranaNya, Dalam memilih utamakan iman, Kelak ikatan dihindari syaitan. Tolong ingatkan saya, Hidup ini satu kembara, Kutiplah mutiara dalam perjalanan, Moga di sana menjadi bekalan. Tolong ingatkan saya, Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya, Jiwa diserahkan segala-segala, Dialah tumpuan. Tolong ye ingatkan saya..

Kisah Cintaku


Apalah arti kekayaan jika cinta yang menyebabkan aku merindu tak kumiliki.

Apalah Arti Istana yang megah, bila tak ada tempat untuk jiwaku untuk berteduh dan bersandar

Untuk apa dikelilingi putri-putri raja, bila cinta yang telah ku rasakan telah memenjarakan hatiku, dan telah membutakan mataku atas segala keindahannya.

Engkaulah kekasih yang menjadi inspirasi dan penghias mimpi malamku…Aura wujudmu benar-benar mempesona, jikalau matahari tak terbit , cukuplah wajahmu yang menggantikan sinarnya. Bila rembulan enggan datang dimalam hari, kelembutanmu sudah cukup untuk merebahkan bumi dipangkuan indahmu.

Engkau adalah ilham bagiku untuk memetik dawai gitar, menjalin syair cinta nan indah hingga menjadi doa-doa akan harapan dan anugerah.

Pesona wajahmu bagai pusaran angin taufan yang bisa menghisap semua benda yang tertanam dibumi. Andaikata seorang pemuda tidak mampu menatap wajahmu , maka mendengar namamu saja sudah cukup untuk mengembalikan gairahnya yang hilang…

Dalam setiap lamunan aku meyakinkan diri , kekasih yang kudamba dapat menghadirkan senyum kebahagiaan dalam hatiku, menanggalkan kesedihan yang selalu membayang ,menjadi cahaya kehidupan serta pelipur lara bagi jiwaku.

Laksana kaum pencinta , airmataku yang bening dan jernih menetes karena merindukan kasih yang tak kunjung datang…

Dan kulihat disana -disaat dirimu pergi, kumbang-kumbang pasti menemani , seolah ingin memungut sisa-sisa pesonamu , mereka berlomba-lomba menarik perhatian sang bunga, diantara mereka ada yang berusaha memenangkan cinta dalam penyamaran adapula berterus-terang dalam “ketelanjangan”… mereka hendak berusaha menawan hati bunga nirwana itu.

Sejak pertama kali aku melihat pancaran cahaya keindahan itu, jiwaku langsung bergetar…Kurasakan keharuman cinta telah menghancurkan ketenangan jiwaku…tiada yang melintas dalam anganku selain keindahan mata cinta dan tiada suara yang lebih merdu daripada suara cinta…

Saat menatap wajahmu , seolah ribuan kata ingin keluar dari bibirku, namun apalah daya bibir tak mampu mampu bergerak untuk melukiskan keagungan cinta. Nyala api asmara dalam hatiku semakin lama semakin berkobar, kebiasaanku kini hanya melamun dan merangkai syair yang menceritakan segala tentangmu…

Duhai kekasih….disaat cinta telah mengakar didalam jiwa, serta dari waktu ke waktu cinta itu telah tumbuh subur dikedalaman hati, kuingin rasa itu hanya kita yang tahu…tahukah engkau kekasih, tidak ada obat yang mujarab mengobati luka bila tertusuk duri asmara…maka hargailah dia yang mengasihimu dan diriku yang mencintaimu .

Duhai kekasih hati, dirimu telah kuikat sebagai tawanan cinta diseberang lautan, dimana tiada suatu wujudpun yang dapat menyembunyikan dirimu dari jiwaku…

Melalui pancaran mata, jiwa kita seolah menyatakan tidak ingin berpisah , Engkaulah pasangan bagi jiwaku, ruh yang kekal dan abadi…bila panah cinta telah menghujam hati dan jantung- disana engkau akan mendengar suara bathin kita melantunkan bait-bait cinta yang dihiasi oleh senyum dan tangis rindu….

Disaat jiwa kita merasa malu-malu menggapai cinta, lidah terasa kelu,dan tiada kata yang terucap dari bibir, disitulah cinta memandang dari kedalaman jiwa, ..disaat kita saling menatap, maka sabda jiwa kita -tak mampu menyembunyikan cinta dari hati.

Dalam cinta keindahan menyimpan kepahitan, dan dalam setiap kegetiran terdapat selubung kebahagiaan.

Rasa dimana kita tak dapat membedakan lagi antara siang dan malam, seolah kita berada dalam taman surgawi yang terbebas dari ruang dan waktu…

Bagi dirinya- diriku adalah pantulan jiwanya ,adakah yang dapat diperbuat dari seorang gadis yang telah ditawan api cinta yang hatinya telah tercuri,selain ingin bertemu dengan si-pencuri hati. Yang Syair-syairnya bernyanyi laksana kidung surgawi dan berbisik kedalam telinganya bagai hembusan angin nan lembut , yang membuatnya terhanyut dalam simponi kerinduan atau laksana gelombang laut yang menghanyutkan bahtera jiwanya didalam lautan perasaannya yang tak bertepi dan berdasar..

Wahai kekasih hati, berjanjilah pada keagungan cinta agar sayapmu dapat terbang bebas dan melayang bersama ketulusan cinta, walau banyak racun yang harus kita teguk …

Atas nama cinta , racun yang pahit pun terasa manis….

Bertahanlah kekasihku, dunia diciptakan untuk kaum pencinta…Dunia ada karena cinta….cinta adalah pembebas dari segala belenggu…dan jiwa pencinta akan memberi kehidupan baru bagi kehidupan yang lain.

Itulah hakekat dan kisah cintaku kekasih, kuceritakan segala isi hati dan tak ada yang kusembunyikan….agar engkau tahu, pintu-pintu hatiku selalu terbuka untukmu… diujung rindu dan harap-aku selalu menanti kehadiranmu…dan aku yakin semilir angin akan mengabarkan dan membisikkan semua ini kepadamu.Yang menceritakan segala hal tentangmu dan tentangku…